RAWATAN DI KLINIK ENT, DR KHOR (JLN PUDU)

Assalamualaikum semua,

Harini biha nak share rawatan di Klinik ENT DR KHOR, Jln Pudu. Semalam biha teman husband mendapat kan rawatan di klinik ENT. 

Kesian husband, dah seminggu lebih ada simptom VERTIGO. Sebab biha kerja kat klinik, biha bagi sendiri ubat2 yang ada kat klinik. tapi sangat la limited.  Dulu ade injection untuk kurangkan simptom vertigo ni, tapi sekarang dah takde. So terpaksa la husband biha telan je ubat yang ada. tapi tu pon tak baik- baik :(



Then semalam kitaorang decide, why not jumpa pakar ENT di Hospital Putrajaya. Sebab kan ramai sangat pesakit Vertigo ni, appointment utk jumpa pakar diberi pada bulan April 2018. Aik ni tak boleh jadi ni, hehe.. lama sangat kan??

So biha tanya mama, sebab mama biha ada masalah Sinusitis yang teruk jugak. Mama selalu jumpa Dr ENT. Mama bagitaw mama jumpa Dr khor ni dah 24 tahun ok!! 

He must be good! kan?? setia ok mama biha dengan Dr khor ni :)

Biha terus call klinik ENT DR Khor tanya boleh walk in tak? fuuuh nasib baik boleh! yay!!

Walk in : 1pm - 4.30 pm ( based on first come, first served)

Klinik Dr Khor sangat senang nak carik sebab tepi jalan ( depan daripada Pudu Bas stesen & sebelum Hospital Tun Shin), ada parking lot depan sket.. so senang la just park and jalan ke klinik.

Masa kitaorang sampai, dah ramai sangat orang!! Klinik Dr Khor ni comel je, tapi patients ramai sgt..

but waiting time okay dalam 30 mins camtu..

so bila nama husband di panggil kitaorang masuk bilik Doctor,
husband biha pon cerita masalah vertigo dia.

usually vertigo ni berkaitan dengan Telinga, 

Dr Khor cakap: Let me tell you what is your problem. Your problem is not in the ear but in the NOSE

wow!! korang boleh imagine tak muka terkejut biha?? haha sebab husband tak mention langsung pasal hidung.

Then Dr masukkan camera dalam hidung utk teropong, then nampak seketul CYST!!

CYST tu yang menghalang laluan hidung dan telinga yang menyebabkan ada simptom VERTIGO.

(okay tak nak detail sgt medical term, hehe)

Dr pon buat minor operation pecahkan cyst time tu jugak! (respect)




and Alhamdulillah, husband terus rasa LEGA SANGAT!!

that makes me a HAPPY WIFE! hehe..


Doctor bg tips :

1. Jangan tidur atas lantai even letak tilan atas lantai pon tak boleh. Sebab ia boleh terukkan lagi simptom vertigo. 

2. Jangan tidur/ baring atas sofa. 

3. Kena selalu bukak tingkap, kalau boleh malam pon bukak tingkap bagi udara luar masuk

4.  Selalu basuh langsir/ cadar. Kena selalu vacuum karpet

5. Kena cuba lawan simptom vertigo dengan selalu gerakkan kepala especially position yang buat vertigo tu teruk supaya otak kita boleh adapt.


Kami pon keluar dari bilik doktor dengan perasaan Gembira, memang boleh nampak senyum sampai ke telinga. haha

sebab Dr Khor ni awesome sangat!! 

Now baru biha betul- betul faham perasaan pesakit yang happy bila Doctor dapat membantu masalah dia. 

Inspired to be a good doctor like him.

Siapa- siapa yang ada masalah ENT ( ear, nose and throat / telinga, hidung dan tekak) biha RECOMMEND sangat dapatkan rawatan di Klinik  ENT Dr Khor, Jalan Pudu.

Ni details klinik :



Khor Ear Nose & Throat Specialist Clinic

Alamat: No. 84, Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 55100

Telefon : 03-2078 3055

Waktu :  Weekday : 9am - 5 pm
              weekend: Closed



Kalau korang pergi, bagitahu biha kirim salam ye ! :)


Comments

  1. Hi nak tanya. Mahal tak rawatan di situ? I baca byk bad reviews pasal dr ni despite that he is good. Tapi baca review u berpuas hati ya. I am having problem with my sinus. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Querido, rawatan kat klinik x mahal. basic harga clinic specialist private. my mom selalu pergi utk prob sinus, she said around rm 100+ consultation and treatment. u boleh call tanya jugak, tp mmg i puas hati sgt :)

      Delete
    2. Thank for your reply. I ingat nak pergi jumpa juga lah. Kena buat apmt or can walk in saja?

      Delete
  2. I have read some excellent stuff here. Certainly worth bookmarking for revisiting. I wonder how so much attempt you place to make this type of fantastic informative web site. Ent hospitals in hyderabad

    ReplyDelete
  3. Hai Biha saya ni mengalami masalah telinga berdengung dah 2 minggu. Itu sama ke mcm masalah yg husband u alami? Dr biasa cakap ini tinitus. entahla saya pun risau sgt dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau u risau, u boleh dapat second opinion. maybe u boleh try jumpa Dr Khor :)

      Delete
  4. Sakit x masa doc masukkan alat teropong tu dlm hidung. Saya nak check idung anak.kalau sakit, sian plak ank. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tak selesa.. tapi sekejap je , semoga anak cepat sembuh :)

      Delete
  5. hi.. i baru blik dri PPUM.. Trkjut tgk bil.. belum pegi ultrasound lagi tu jer rm530... Hari ni hbs rm80 untuk makmal.. rm31 untuk pendaftaran.. ubat nasib rm10 ikutkan da naik hrga ni slalu rm5... mgu dpn kna dtg blik.. tgu ujian makmal.. Hbs berdarah ar jgk hidung ni cz dktor ambik sel dri hidung nk bt rujukan kat makmal nk tau ketumbuhan tu bhaya atau pun x.. Now telinga berdesing.. hidung pun sakit kn cucuk tdi...

    ReplyDelete
  6. Slm
    Nk tnya sy pn ade mslh idung trsumbat n nmpk bengkak sbelah.. Nk taw. Mhal X kos nk wt rawatan kt klinik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, ranger harga dalam rm 100-rm 150 jika utk teropong masukkan camera sekali. boleh cuba call clinic utk maklumat lanjut :)

      Delete
  7. Bad review klinik ni, sorry. Doc biadab n kasar

    ReplyDelete
  8. Very friendly doc n nurse. Lebih kurang sama kes mcm biha..anak I pun ada masalah telinga berdesing.. pergi klinik Khor, br citer jer doc dh tau puncanya..bcoz of sinus..masuk teropong dlm hidung, telinga,mulut,katanya kena surgeri.. hrp2 lps mkn ubat ni kuranglah sakitnya tu..insya allah...

    ReplyDelete
  9. salam....
    nak tanyer kalau jmpe doc. saya nak mintak tolong check sahaje ... anggaran kos betape yer...

    ReplyDelete
  10. Nak tanya kalau telinga sumbat nak check bayaran berapa

    ReplyDelete
  11. biha mahal juga klinik ni kan..fist suami gi nk cek telinga dia ckp klu nk buat cek komp dlm 4oo keatas blm ubqt lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis ,Pergi Klinik di Kajang Doctor Pakar ENT agak murah .

      Delete
  12. Saya kena RM530 sbb check telinga berdengung.. dia bg 6 jenis ubat. Layanan nurse ada yg agak kasar. Kena pakai mask sampai atas hidung tu. Doktor lak macam tukang tilik je. Masuk2 tak sempat nak cakap telinga berdegung.. terus sakit saya ada kaitan dgn HIDUNG. Macam pakai skrip yg sama dgn apa yg blog tulis. Kita nak bercakap pun suh diam.. suh dengar cakap dia je. Habis camno?? Pesakait yg sakit nak bagitahu dia sakit apa dia rasa... ni suh diam... suh dengar dia.. dia macam fortune teller je... aduhai... im not recommended laaa. this is the first time pg lepas baca blog u. tk sempat baca comment bawah tadi. selalu nya pg tawakal atau ampang putri, tpi kali ni nak cuba klinik pakar ENT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah ke pakar ent tawakkal, problem sakit telinga tak settle jugak, pening ssmpai nak pecah kepala. Then pergi klinik ni alhamdulillah kluar dr bilik dia trs ok..suara tak sengau..pening hilang..doc settlekan bhgian hidung dan dua2 telinga.

      Delete
    2. Hi Liyana, boleh tahu tak rasa pening tu camne n berapa lama? Sebab sy dah sebulan lebih pening.. sebelum ni g hosp dorang tak check kepala tapi terus bagi ubat Betahistine tapi tak berkesan langsung.. risau sebab makin hari makin terus sy rasa

      Delete

Post a Comment

Popular Posts