Waktu Terbaik Post di Sosial Media

Salam semua,




Semua sehat ke? Tak sedar dah lama tak update blog, ampun sangat!! Harini biha nak share waktu sesuai nak update di sosial media, tak kisah samada di Facebook atau Instagram ye :)

Okay ni penting sangat jika korang gunakan Instagram dan Facebook sebagai platform untuk berniaga.

okay ada dua cara nak tahu bila waktu terbaik nak POST di  Media Sosial



Firstly melalui HARI:

Hari dan masa terbaik muat naik gambar Instagram

  • Ahad - 5 pm
  • Isnin - 7 pm & 10 pm
  • Selasa - 3 am & 10 pm 
  • Rabu - 5 pm
  • Khamis - 7 am &11 pm
  • Jumaat - 1 am & 8 pm
  • Sabtu - 12 am & 2 am
 okay kalau ikut yang hari ni biha tak berapa sure sangat sebab tak pernah amalkan, tapi kalau kita ikut waktu (time) mungkin berkesan sebab waktu - waktu ni la oengguna media sosial aktif di internet.

8 pagi - 9 pagi

Waktu ni biha rasa sangat sesuai untuk korang update. Sebab masa ni orang sedang bersiap nak pergi kerja, sedang brekfast (ada yg breakfast sorang- sorang, so sebelah tangan makan sebelah tangan pegang phone kan, hehe) atau baru sampai temoat kerja untuk hari biasa.

So masa ni sangat la sesuai untuk post tapi kalau boleh jangan terus post pasal bisness, tulis benda yang positif dulu sebagai pembuka hari

12.00 Tengah Hari - 2.00 Petang

Waktu ni pon sangat sesuai korang uodate, kebanyakannya sangat lah aktif waktu ni sebab tengah nak keluar lunch atau sedang lunch. Ni time rehat kebanyakkan oengguna media sosial.

Masa ni apa yang korang update akan dapat attention dari rakan-rakan atau followers anda.

Waktu ni sangat sesuai untuk para peniaga online untuk update produk yang nak dijual.

4.30 Petang - 6.00 Petang

Waktu ni waktu orang balik dari kerja, tengah stuck dalam jam ke kan so apa lagi semua mesti scroll IG dan FB kan? hehe

8.00 Malam - 9.30 Malam

Waktu ni adalah waktu perdana, the ultimate la konon. hehe.. Kebanyakkan opengguna media sosial akan aktif masa ni untuk mengetahui berita terkini. Bukan dekat TV je, dekat facebook pon sama.

So masa ni sesuai la peniaga online untuk update barang yang nak dijual.

10.45 Malam - 11.45 Malam

Rasa macam dah lewat kan? tapi cuba korang update masa ni, ternyata banyak jugak dapat "LIKE". Kenapa? sebab masa ni orang nak masuk tidur, dah jadi kebiasaan masa nak tidur amik phone scroll- scroll dulu kan.. jangan nafikan? hehe..

So jangan lepaskan peluang untuk update Instagram dan Facebook korang k? :)

Kalau korang ada cadangan sila tinggalkan di ruang komen dan kalau korang rasa post di bermanfaat boleh share ye.. Sharing is Caring..

Facebook : Nabihah Bazlan
Instagram: shaklee_bynabby

Comments

Popular Posts