TAK SUKANYA KULIT KERING!!

Assalamualaikum semua,

Harini biha nak share tentang kulit kering.Sebenarnya ramai yang dapat kulit kering ni tapi malu nak berkongsi.



Bila dapat kulit kering  ni sangat la stress sebab ia boleh menggangu kehidupan harian kita. Especially kalau kulit kering kat bahagian muka, mesti rasa INSECURE sangat!

Kulit yang normal dan sehat diselaputi dengan lapisan nipis lemak semulajadi. Ini yang menyebabkan kulit kita lembap supaya kulit halus dan lembut.

Ada banyak sebab kenapa kulit kita jadi kering. Faktor-faktor ini yang menghancurkan lapisan lemak di kulit kita menyebabkan kulit kita mudah terdedah.

Jika kulit kering tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit kulit seperti Dermatitis. So sebelum kita nak merawat kulit kita, jom ketahui faktor-faktor yang menyebabkan kulit kita mudah kering!



7 FAKTOR PENYEBAB KULIT KERING

1. KURANG AIR

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kulit kering dan tidak cantik adalah kerana kurang air dalam badan. Hal ini kerana sebahagian besar dari tubuh kita terdiri dari air. Oleh itu air memainkan peranan penting dalam memastikan kulit tidak kering dan sentiasa segar.

Oleh itu kulit akan mengalami penurunan kelembapan sekiranya kurang minum air. 
Sekiranya tubuh badan kita tidak mempunyai jumlah air yang diperlukan, ia juga boleh menyebabkan kita mengalami pening kepala kerana peredaran darah tidak berjalan dengan baik.

2. PENGGUNAAN SABUN / ANTISEPTIK BERLEBIHAN

Pengunaan sabun yang berlebihan boleh menyebabkan perlindungan kulit menjadi nipis. Rasa kesat selepas mandi bukan berertu kulit sangatla bersih tetapi itu adalah petanda lapisan minyak atas kulit telah hilang dan menjadi kering. 

Oleh itu berhati-hatilah memilih sabun yang tidak menyebabkan kulit kita kering. 
Untuk sesiapa yang mengalami masalah kulit kering yang sederhana, boleh cuba cari Sabun yang "fragrance-free" bukan "unscented' ye. 

Untuk mereka yang mengalami kulit kering yang teruk, seeloknya guna "skin cleanser" daripada sabun biasa.

Elakkan daripada mengguna sponge/ berus utk membersih kulit. Pengunaan Krim Aqueos juga digalakkan utk orang yang kulit kering.

3.MANDI DGN AIR PANAS/ TERLALU LAMA
Jika kita terlalu terdedah dengan air yang lama especially air panas juga dapat menghakis lapisan minyak kulit. Sebab tu kalau kita mandi lama, kita boleh rasa kulit kita jadi tegang dan kering kan?

4. UDARA YANG KERING

Jika kita terdedah dengan udara yang kering seperti air-cond pon boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Seeloknya sentiasa pakai moisturiser,

Lebih-lebih lagi bagi orang yang mempunyai masalah ekzema. Kulit mereka akan sentiasa kering so kena la selalu pakai krim pelembap ye :)

5. MASALAH KESIHATAN

Umumnya, kulit kering adalah disebabkan faktor luaran seperti yang biha sebut di atas. Tetapi, kadang kala boleh juga disebabkan faktor dalaman sama ada fator usia atau pon penyakit.

Bila umur kita makin meningkat, lebih-lebih lagi bagi kaum wanita; perubahan hormon boleh menyebabkan kulit menjadi kering (Tips: amalkan GLA complex utk kawal hormon semula --> kulit yang lembap)

Ni biha share kan beberapa penyakit yang boleh menyebabkan kulit KERING:

➤Masalah Kulit: Ekzema, Psoriasis



➤Kencing Manis
➤Hypothyroid : kekurangan hormon throid boleh menyebabkan kekurangan minyak dalam lapisan kulit --> kulit jadi kering dan kasar.
➤Kekurangan Nutrisi

okay Next, biha nak share apa yang PERLU KITA BUAT JIKA ADA KULIT KERING?

DALAMAN



1. VITAMIN E

Vitamin E dapat membantu mengekalkan struktur kulit kita dengan melindungi membran (dinding) dalam sel.

vitamin E juga adalah antioksidan yang kuat selepas vitamin C. Jadi ia dapat mengurangkan kedutan dan merangsang pembentukan Kolagen.

2. Vitamin C

- untuk melindungi kulit kita dari sinaran UVA dan UVB


LUARAN

YOUTH SKINCARE



- YOUTH skincare kaya dengan 5 bahan organik yang dapat menghalang kerosakan kolagen dan elastin kulit kita
- Selain itu ia menyokong struktur kulit dengan menyuburkan kulit melalui vitamin dan antioksidan semulajadi bagi menegkalkan kelembapan kulit.

Dapatkan segera selagi ada promo bulan March utk YOUTH SKINCARE (percuma Radiance C + E bernilai RM 400!!)

http://Www.Wasap.My/60192749000

untuk ORDER SEGERA!!

Comments

Popular Posts